SARAWAK TUAN RUMAH APOCP KE-13 SEPTEMBER INI

KUCHING, 24 Februari – Persidangan Perhimpunan Agung dan Saintifik, Pertubuhan Pencegahan Kanser Asia Pasifik, APOCP Ke-13 akan diadakan di Kuching pada 28 hingga 30 September hadapan.

Seramai 500 hingga 800 delegasi pakar pencegahan kanser dari seluruh rantau Asia-Pasifik akan berhimpun pada persidangan tersebut.

Ia dimaklumkan Presiden APOCP merangkap Pengerusi Penganjur APOCP 2026, Profesor Nirmala Bhoo-Pathy, semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, di pejabatnya hari ini.

Antara fokus utama persidangan termasuk pencegahan berasaskan ketepatan dan pengelasan tahap risiko, vaksinasi HPV dan penghapusan kanser serviks, serta kesihatan digital dan kecerdasan buatan dalam pengesanan awal.

Penganjurannya merupakan platform penting untuk menyelaraskan sains, dasar dan pelaksanaan bagi memastikan usaha pencegahan kanser memberi impak yang lebih menyeluruh dan adil kepada masyarakat.

Beliau turut memohon sokongan sebanyak RM50,000 daripada kerajaan negeri bagi menyokong penyertaan penuh 30 hingga 35 badan bukan kerajaan, NGO berpangkalan di Sarawak, pesakit kanser yang telah sembuh (cancer survivors), serta pelajar wanita yang akan menghadiri persidangan tersebut.

ROSE/PR

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *