YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa berkepentingan negara.

Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (24 Februari).

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *