






Oleh: Sholina Osman
23 FEB. 2026
Lebih 400 orang hadir Program Minda Sihat Sahsiah Hebat Bersama Wanita Negeri Perlis di Hotel Putra Regency Kangar, Perlis, semalam.
Program ini dirasmikan oleh Menteri Perladangan Dan Komoditi,
Merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Ia dianjurkan oleh Kementerian Perladangan Dan Komoditi (KPK) diadakan dengan kerjasama
Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perlis dan Wanita UMNO Negeri Perlis.
Pengerusi MAPIM Perlis, Rozieana Ahmad berkata program ini lebih memfokuskan kepimpinan dalam kalangan wanita ke arah membentuk pemimpin masa depan yang lebih hebat, berilmu dan menjadi contoh teladan kepada masyarakat.
BERSEDIA MENGHARUNGI CABARAN
Selain itu, inisiatif pelaksanaan program juga bagi melahirkan wanita yang bersedia mengharungi cabaran semasa serta mengubah landskap kepimpinan negeri dan negara agar lebih saksama, inklusif, dan memanfaatkan potensi penuh wanita dalam pembangunan negeri dan negara.
Beliau berkata demikian pada Sesi Perkongsian Minda Sihat Sahsiah Hebat Bersama Wanita Negeri Perlis bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Datuk Ali; Ketua Wanita UMNO Bahagian Padang Besar, Haslinda Ahmad dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Siti Berenee Yahaya.
Selain itu diadakan segmen bertajuk “Minda Sihat Sahsiah Hebat” oleh Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional (SWP) Malaysia Dr Masliha Harun.
Noraini juga turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada kira-kira 100 penerima.
INI AMAT BERMAKNA
Salah seorang penerima Aidawani Abdul Aziz menyifatkan sumbangan ini amat bermakna sempena menyambut bulan Ramadan.
“Saya bersyukur dipilih sebagai penerima dan sekaligus merangsang semangat untuk bekerja lebih kuat untuk parti,” kata beliau selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita UMNO Bahagian Padang Besar yang juga penyelaras Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.
Asmaniza Ani bersyukur dengan sumbangan ini sekalipun selama ini beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan dari mana-mana pihakpun.
TERUS BEKERJA KUAT
AJK Wanita UMNO Bahagian Padang Besar ini bersemangat untuk terus berkerja kuat demi untuk rakyat.
Siti Fatimah Ali pula melahirkan rasa bersyukur di atas rezeki ini yang disumbangkan sempena bulan Ramadan.
Beliau yang juga AJK Wanita/SUK Wanita UMNO Bahagian akan terus bekerja keras demi parti ini terus dipilih oleh rakyat pada pilihan raya akan datang. – JM
