🚨 SAMBUT RAMADAN TANPA KERACUNAN MAKANAN

22 Feb 2026
(Info Ringkas)

⚠️ PERHATI & PILIH BIJAK ✅
JANGAN SEKADAR NAK CEPAT❌

🌙 Menjelang Ramadan
Ramai yang mula merancang membeli juadah dan membuat tempahan awal✨🌙

Namun ingat, nampak panas belum tentu selamat.

🔥 Lauk dipanaskan semula berulang kali

Makanan yang telah disimpan dalam keadaan suhu tidak mencukupi boleh menjadi medium pembiakan bakteria 🦠
Apabila dipanaskan semula, ia mungkin kelihatan berasap dan menyelerakan…
tetapi risiko tetap ada jika penyimpanan asal tidak terkawal.

🍲 Masak kuantiti banyak, simpan untuk jual esok

Lebihan makanan yang tidak habis dijual dan disimpan semula tanpa kawalan yang betul berisiko tercemar.
Semakin lama makanan disimpan, semakin tinggi risiko pertumbuhan bakteria jika suhu dan pengendalian tidak sempurna.

🐔 Ayam tidak disimpan dalam bekas berais di tapak jualan

Bahan mentah perlu dikekalkan dalam keadaan sejuk dan terlindung ❄️
Dibiarkan pada suhu persekitaran tanpa ais atau kawalan suhu yang mencukupi boleh mempercepatkan pembiakan bakteria.
Apabila lebihan dibawa pulang dan disimpan semula, risiko menjadi berganda ⚠️

🌙 Ramadan bulan ibadah dan kesihatan.

Perniagaan itu satu ibadah.
Jaga kebersihan, kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman 🤍

Sebagai pengguna, amalkan perhati dan pilih sebelum membeli 👀
Jangan hanya melihat harga atau kuantiti.

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 🤝

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *