PMX solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Seri Cheeding, Banting

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Seri Cheeding, Banting hari ini.

Beliau turut meluangkan masa menyantuni para jemaah serta ahli jawatankuasa masjid sebagai sebahagian daripada usaha mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh kebersamaan dalam komuniti.

“Semoga setiap langkah dan amal kita diterima Allah SWT, serta Ramadan kali ini menjadi ruang untuk memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *