๐—ž๐—  ๐—๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

.
๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง, ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ – Selepas hampir 11 bulan menjalani proses refit (W5 Extended), Kapal Maritim (KM) JEPAK milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kembali beroperasi bagi memperkukuh penguatkuasaan di perairan Negeri Perak dan kawasan sempadan Malaysiaโ€“Indonesia.

Kapal berkenaan diserahkan secara rasmi pada 11 Februari lalu di Universiti Kuala Lumpur Institute Kejuruteraan Teknologi Marin (UniKL MIMET) selepas selesai menjalani kerja-kerja naik taraf dan modenisasi menyeluruh.

Majlis penyerahan disempurnakan Pegawai Memerintah KM JEPAK, Leftenan Komander Maritim Firdaus Che Ahmad bersama Pengurus Limbungan URSB, Mohd Syafiq Mohd Helmi.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob serta Lembaga Pengarah UniKL Resources Sdn. Bhd. Datuk Dr. Budiman Bin Mohd Zohdi, Dekan UniKL Mimet, Ts. Dr. Zaimi Bin Zainal Mukhtar dan CEO Glide Marine, Encik Hasnizan Bin Hassan.

Kepten Maritim Shukri berkata, program refit (W5 Extended) merupakan langkah strategik bagi memanjangkan jangka hayat aset sedia ada melalui penambahbaikan komponen kritikal termasuk jentera utama, janakuasa, sistem elektronik dan kemudahan akomodasi.

โ€œKehadiran semula KM JEPAK meningkatkan kesiapsiagaan operasi Maritim Malaysia, khususnya dalam membanteras pencerobohan, penyeludupan dan pelbagai kesalahan di Zon Maritim Malaysia (ZMM), terutama di perairan Perak dan kawasan sempadan negara,โ€ katanya.

Beliau menegaskan, pengoperasian semula kapal tersebut dijangka memperkukuh rondaan dan tindak balas pantas terhadap sebarang ancaman keselamatan maritim.

Turut hadir sama Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik, wakil Bahagian Logistik, pegawai pemerintah kapal serta warga kerja KM JEPAK.

.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *