




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 FEB 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai jemaah di Surau Pusat Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam bagi menunaikan solat Jumaat hari ini.
Beliau juga mendengar khutbah Jumaat bertajuk “Puasa Itu Perisai” sebelum menunaikan solat Jumaat bersama-sama dalam suasana penuh khusyuk dan tertib.
“Khutbah yang disampaikan mengingatkan kita bahawa ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi merupakan madrasah tarbiah yang membentuk disiplin diri, memurnikan akhlak, memelihara lidah daripada kata-kata yang keji, serta membentengi diri daripada perbuatan dosa,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Selesai solat, beliau berkesempatan bersalaman, bertegur sapa serta bergambar bersama para jemaah sebelum beredar meneruskan tugasan rasmi seterusnya.
Beliau mendoakan semoga segala amalan kita diterima dan Ramadan Kareem ini terus menyuburkan nilai ihsan, kesederhanaan serta perpaduan dalam masyarakat. – JM
