




KUALA LUMPUR | 11 Februari 2026 — YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), hari ini merasmikan Pejabat MCPF Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha pencegahan jenayah berasaskan komuniti.
Turut hadir YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Mantan Pengerusi MCPF, bersempena sambutan Ulang Tahun MCPF ke-33. Penubuhan pejabat ini, hasil kerjasama strategik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menandakan pewujudan Pusat Strategik Pencegahan Jenayah Komuniti di ibu negara.
Pusat ini berfungsi secara holistik merangkumi pembangunan modal insan, sinergi data serta pusat rujukan dan advokasi bagi memperkasa masyarakat ke arah persekitaran yang lebih selamat dan berdaya tahan.
