
11 Feb 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan membanteras kegiatan berkenaan menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.
Bagaimanapun, Anwar mengakui terdapat beberapa cabaran dalam usaha membendung kegiatan itu di negara ini.
“Cuma tidak mudah kerana judi dalam talian kadang-kadang berpangkalan di luar negara. Keduanya, mekanisme elektronik itu sangat canggih, dia boleh buka dan tutup dengan kadar yang segera,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber : BERNAMA
