PGA SARAWAK RAMPAS PELBAGAI MERCUN DAN BUNGA API TANPA PERMIT SAH

KUCHING, 8 Feb – Pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit sah bernilai RM3.18 juta dirampas dalam Op Taring Charlie di beberapa daerah di Sarawak.

Operasi dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am, PGA Sarawak sejak Khamis hingga semalam.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Lim Bak Phai berkata, dua serbuan dilakukan di Padawan membawa kepada rampasan 3,922 unit mercun dan bunga api sebuah kenderaan, bernilai RM1,795,690.00.

‘Manakala menerusi satu serbuan masing-masingnya di daerah Kuching, Serian, Sibu dan Miri bersama rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api’.

‘Nilai keseluruhan rampasan bagi keempat‑empat serbuan tersebut dianggarkan sebanyak
RM1,390,608.00′, kata beliau dalam kenyataan media.

Lapan lelaki tempatan berumur 22 dan 70 tahun turut ditahan sepanjang operasi.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah berkaitan untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan
Letupan 1957.

Polis Diraja Malaysia menasihati semua peniaga mercun dan bunga api supaya mematuhi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa dan menjalankan penjualan mengikut permit dan kelulusan yang sah.

Jamalia
Foto PGA Sarawak

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *