

7 Feb 2026
Perdana Menteri India Narendra Modi pada Sabtu menyifatkan Malaysia sebagai rakan kongsi yang rapat dan dipercayai, sambil menekankan peranan penting diaspora India sebagai “jambatan hidup” yang mengukuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara.
Berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta orang kenamaan kedua-dua negara, Modi berkata hubungan India-Malaysia kini mencecah tahap baharu setiap tahun, didorong oleh hubungan rakyat dengan rakyat yang teguh serta kerjasama strategik yang semakin berkembang.
Beliau menarik perhatian bahawa hubungan dua hala memasuki fasa baharu selepas kedua-dua pemimpin meningkatkan status hubungan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif semasa lawatan Anwar ke New Delhi pada 2024.
