Tengku Permaisuri Selangor sertai program menembak PDRM bersama PERKEP

Sumber: FB Selangor Royal Office
6 FEB. 2026

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat menyertai Program Menembak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Selangor di Lapang Sasar Persatuan Menembak Selangor, Padang Sasar U3, Subang.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Dr. Munirah Che Rose, dan Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Rozana Kasbon.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Datuk Kahar.

Baginda turut berkenan menyertai program latihan menembak yang bertujuan memberi pendedahan terhadap aspek keselamatan senjata api, di samping mengeratkan silaturahim, meningkatkan keyakinan diri serta semangat berpasukan dalam kalangan ahli PERKEP dan warga PDRM, selaras usaha memperkasa peranan wanita dalam menyumbang kepada keselamatan komuniti dan organisasi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *