Bantuan subsidi penerbangan untuk pelajar IPTA

4 Feb 2026

Sebagai usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam meringankan beban kewangan pelajar IPTA yang pulang ke kampung halaman sempena cuti semester, khususnya melibatkan laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, inisiatif FLYsiswa telah diperkenalkan sebagai solusi pengangkutan yang inklusif dan berdaya saing.

Bagi tahun 2026, pelaksanaan FLYsiswa terus diperkasa dan diperluas bagi memastikan penyaluran subsidi tiket penerbangan dilaksanakan secara lebih tersusun, cekap dan berkesan demi kesejahteraan para pelajar.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) kekal komited menyokong agenda Malaysia MADANI dengan menambah baik inisiatif ini serta memastikan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, berkualiti dan mudah diakses oleh semua pelajar IPTA.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *