Lesen PSV dibatalkan ke atas pelaku gangguan seksual – MOT

Oleh: Sholina Osman
3 FEB. 2026

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu Grab yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual ke atas penumpang di Johor Bahru.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya memandang serius insiden
gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh seorang pemandu Grab.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan bahawa dengan pembatalan PSV bermaksud pemandu tersebut tidak boleh lagi berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

MEMANGGIL SEMUA PENGENDALI

“MOT, melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), juga akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan
penambahbaikan untuk keselamatan penumpang,” kata Anthony dalam kenyataan media hari ini.

Anthony berkata MOT tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat
keselamatan penumpang.

Sebaliknya beliau berkata MOT bersedia untuk menyokong pihak mangsa dalam memastikan
tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *