Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia 2026

2 FEB 2026

Hari Tanah Lembap Sedunia disambut pada 2 Februari setiap tahun. Pada tahun 2026 ini, tema sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia yang dicadangkan oleh Sekretariat Konvensyen Ramsar adalah Wetlands and Traditional Knowledge: Celebrating Culture Heritage atau Tanah Lembap dan Ilmu Tradisi: Meraikan Warisan Budaya. Tema global ini dipilih untuk mengetengahkan hubungan mendalam antara tanah lembap dengan amalan budaya, tradisi, dan sistem pengetahuan komuniti di seluruh dunia.

Malaysia bertuah kerana mempunyai kekayaan ekosistem tanah lembap yang meliputi keluasan lebih 5.19 juta hektar. Ekosistem tanah lembap menawarkan nilai pemuliharaan yang tinggi merangkumi manfaat ekonomi daripada sumber alam dan pelancongan, serta fungsi ekosistem yang penting seperti tebatan banjir, tadahan air, perlindungan pesisir pantai dan
simpanan karbon.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *