Kerajaan akan terus utamakan perkukuh perkhidmatan awam -PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 FEB. 2026

Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam perkongsian di FB selepas memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi ETS3 Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Beliau menggunakan kesempatan ini digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan,” kata beliau.

“Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan, khususnya terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *