𝟓𝟑 𝐀𝐆𝐄𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇

PELABUHAN KLANG, 27 Januari – Selangor Freight Forwarders and Logistics Association (SFFLA) memperkukuh komitmen dalam membudayakan antirasuah dan integriti dalam memperkasa tadbir urus korporat baik menerusi penganjuran Bengkel Pematuhan Perolehan dan Penguatkuasaan Undang-undang Kesalahan Rasuah Akta SPRM 2009 dan perkongsian taklimat Pematuhan Dokumentasi berdasarkan Prinsip T.R.U.S.T dan Liabiliti Korporat 17A oleh Ps Mohd Ihsan bin Anuar, Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Sesi bengkel ini telah mengumpulkan seramai 53 agen syarikat penghantaran yang berdaftar di bawah (SFFLA) di Wisma SFFLA hari ini. Tujuan utama penganjuran program ini adalah bertujuan memantapkan pemahaman peserta kepada amalan tadbir urus yang baik di dalam operasi harian syarikat yang berdepan dengan agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), MAQIS, dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Pelabuhan Klang dan KLIA.

Penganjuran bengkel ini berobjektifkan kepada pengukuhan dan menyebarluas nilai pematuhan integriti dikalangan syarikat-syarikat agen penghantaran di Selangor bagi mengelakkan ketirisan hasil cukai dan isu penyeludupan haram di pintu masuk utama negara dari terus berlaku.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *