
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
29 JAN. 2026
Kerajaan MADANI akan terus komitmen dalam memperkasa agenda dakwah yang berhikmah dengan memperkukuh kebajikan rakyat, serta memantapkan pemerkasaan wanita sebagai teras penting pembangunan insan dan kesejahteraan masyarakat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan memastikan setiap usaha ini dilaksanakan dengan kesungguhan, keselarasan dasar serta keberanian melakukan penambahbaikan.
“Ia demi untuk menjamin kesejahteraan rakyat serta membina masa depan negara yang lebih adil dan berperikemanusiaan,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Terdahulu Perdana Menteri menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata ia bagi membincangkan beberapa perkara strategik yang perlu digerakkan secara lebih tersusun, menyeluruh dan berkesan, selari dengan keutamaan semasa negara. – JM
