
Kuching, 27 Jan-Koyak Al-Quran dengan niat mencemar kitab suci dan menghina agama seorang lelaki tempatan diberkas polis pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, suspek yang berumur 57 tahun itu ditahan di taman Green Hill selepas tular video penemuan cebisan kitab suci Al-Quran di atas jalan.
Kes berkenaan dipercayai berlaku pada malam jumaat minggu lepas di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Insiden terbabit turut dirakam oleh cctv selain dua video ditularkan oleh netizen di media sosial.
Siasatan awal bagaimanapun mendapati suspek mempunyai masalah kesihatan mental dan mengesahkan bukan dengan niat mencetus provokasi atau isu 3R.
ACP Alexson menjelaskan kes tersebut dalam satu kenyataan media di Kuching semalam.
Kes kini disiasat dibawah seksyen 295 kanun keseksaan dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia, 1998.
Dickin
