PENIAGA BAZAR RAMADAN GAGAL PATUHI KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN AKAN DISENARAI HITAM

LIMBANG, 26 Jan – Peniaga bazar Ramadan yang gagal mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan sehingga menyebabkan keracunan makanan dan gangguan kesihatan akan disenarai hitam serta-merta.

Pengerusi Majlis Daerah Limbang (MDL), Kaunselor Sufian Mohat mengingatkan peniaga agar berwaspada dengan jualan makanan, dengan mengamalkan pengendalian makanan yang bersih dan selamat kepada pengguna sepanjang Ramadan ini.

“Kita tidak mahu sebarang aduan dari orang awam disebabkan cirit-birit dan sebagainya, kerana tahun lepas kita menerima ada dua, tiga aduan diterima daripada pihak individu dan juga melalui media sosial.

“Jadi tahun ini kita berharap tidak ada berlaku lagi kes-kes seperti itu kerana mereka melakukan kesalahan ini kita akan disenarai hitam supaya mereka akan diberhentikan terus dan tidak akan diberikan permit untuk melaksanakan aktiviti dibawah MDL. Itu syarat yang kita tetapkan agar mereka ini dapat memenuhi syarat yang telah pun kita berikan kepada mereka”

“MDL turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan garis panduan dengan mewajibkan para peniaga mematuhi etika pengendalian dan penyediaan makanan selamat,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 123 lot tapak bazar Ramadan disediakan di Lot 777.

“Satu lot tapak niaga pada harga sama RM350 sebulan, jualan kek dan biskut RM200, kain dan baju RM350 dan peniaga dari luar limbang sebanyak RM2,200”.

“MDL turut memberi kebenaran untuk berniaga di sekitar rumah, kendalian persatuan, agensi seperti FAMA di Tedungan, Limbang dengan memohon permit daripada MDL terlebih dahulu. Bagi perniagaan individu berdekatan rumah akan dikenakan bayaran RM2.00 sehari,” tambahnya lagi.

DALI

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *