PR & KEWARGANEGARAAN DIPROSES SECARA TELUS & TERKAWAL

26 Jan 2026

(Info Ringkas)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berhubung isu pemberian taraf Pemastautin Tetap (PR) dan kewarganegaraan.

Setiap permohonan PR (MyPR) dan kewarganegaraan diproses secara telus, berperingkat dan tertakluk kepada kawalan ketat, berpandukan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehingga 31 Disember 2025, seramai 261,156 pemegang MyPR direkodkan di seluruh negara.
Setiap kelulusan adalah hasil semakan silang bersepadu JPN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak diberikan status berkenaan.

Penganugerahan kewarganegaraan Malaysia merupakan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan keselamatan, kedaulatan negara serta kesejahteraan warganegara sedia ada.

KDN dan JPN kekal komited memastikan setiap keputusan dibuat secara berintegriti, berlandaskan undang-undang dan demi kepentingan negara.

📌 Sumber:
Kenyataan Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) & Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *