Program Jualan Rahmah MADANI diperluaskan ke seluruh negara

22 Jan 2026

Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) diperluas ke seluruh negara bermula 9 Jan lepas, selaras dengan komitmen kerajaan MADANI dalam menangani isu kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan PJRM melibatkan kesemua 222 kawasan Parlimen, 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 40 zon di Wilayah Persekutuan.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tarikh dan lokasi PJRM berhampiran boleh merujuk Takwim PJRM yang dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang rasmi KPDN di https://www.kpdn.gov.my/en/jualan-rahmah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *