



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 JAN. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia Datuk Seri Khairudin E.S. Abd Samad di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau berkata dalam pertemuan ini mereka membincangkan peranan Majlis Senator dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan negara.
“Kami turut bertukar pandangan mengenai peranan strategik Majlis Senator dalam memastikan kualiti undang-undang negara terpelihara agar dasar kerajaan MADANI dilaksanakan dengan kukuh dari sudut perundangan,” kata Anwar dalam perkongsian di FB. – JM
