[TERKINI] Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 :

19 Jan 2026

🔹 Agong titah supaya RMK13 beri tumpuan kepada kesejahteraan rakyat terutamanya pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam

🔹 Agong titah SPRM jalankan siasatan kes rasuah dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan

🔹 Bukan hanya penerima rasuah tetapi pemberi dan ejen yang bersubahat turut perlu diambil tindakan

🔹 Undang-undang berkaitan keselamatan negara dan ancaman luar wajar diwujudkan segera, pastikan keharmonian semua kaum dan kedaulatan negara

🔹 Amalan rasuah perlu diperangi besar-besaran, kerajaan perlu sediakan laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah diselesaikan segera

🔹 Sistem pendidikan baharu mesti selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu diutamakan

🔹 Agong ingatkan setiap perbahasan, keputusan dan undian di Parlimen bakal menentukan masa depan negara

🔹 Hak-hak negeri perlu dihormati, namun kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan

Sumber : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

BernamaNews

BernamaImages

Agong #Parlimen

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *