

TAPAH, 18 Januari 2026 β Sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Tapah meneruskan komitmen memastikan pematuhan undang-undang perniagaan menerusi satu operasi pemeriksaan penguatkuasaan di kawasan Tapah.
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis yang diperiksa mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak KPDN. Penandaan harga pada barangan jualan adalah jelas dan teratur, semua alat timbang yang digunakan disahkan masih sah dari segi penentusahan untuk tujuan perdagangan.
KPDN Tapah akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa dilindungi serta menggalakkan peniaga terus beretika dalam urus niaga harian.
Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-4010471 (KPDN Tapah)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000
Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/@kpdnperaktv7244
TikTok : https://www.tiktok.com/@kpdnperak
Twitter : https://www.twitter.com/KPDN_Perak/
Β©Unit Media 2026 | KPDN Perak
