Agong sifatkan perasuah sebagai pengkhianat negara

Oleh: Sholina Osman
Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
19 JAN. 2026

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan kes rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke peringkat tertinggi.

Seri Paduka Baginda, bertitah segala perancangan yang dilaksanakan tidak akan sempurna jika amalan rasuah masih berleluasa.

β€œAgaknya selepas ini saya patut lantik Sarjan sahaja menjadi PAT (Panglima Angkatan Tentera). Saya pernah sebut dahulu, yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah, dan nampaknya saya telah berjaya jumpa

β€œIni hanyalah β€˜sekelumit daripada segunung’ atau β€˜the tip of the iceberg’. Saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di Jabatan Kastam, Imigresen, Polis dan sebagainya, serta termasuk juga yang berada di dalam dewan ini, yang akan terus diburu sampai jumpa,” titah Seri Paduka Baginda bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada hari ini.

RASUAH MESTI DIPERANGI

Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran dan rakyat perlu menjadi mata dan telinga dengan melaporkan sebarang salah laku.

Agong turut bertitah bahawa bukan sahaja penerima rasuah wajar disiasat, malah pemberi rasuah serta ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan tegas.

Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjalankan siasatan dengan pantas, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan, selain kerajaan disaran menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.

MERUPAKAN AMANAH RAKYAT

Sultan Ibrahim bertitah, mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam bahawa jawatan yang disandang merupakan amanah rakyat dan negara.

β€œSesiapa yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah adalah dianggap sebagai pengkhianat negara’,” titah Seri Paduka Baginda.

Selain itu Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur tahun lepas.

“Syabas juga saya ucapkan, walaupun dunia menghadapi pelbagai cabaran, Malaysia masih berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi positif sebanyak 4.7 peratus pada tahun lalu dengan kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah, serta kemiskinan tegar berada pada paras 0.09 peratus,” titah Seri Paduka Baginda. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *