









PADANG SERAI, 16 JANUARI 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini telah menghadiri Program Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh integriti, kebajikan serta hubungan strategik antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat.
Program dimulakan dengan lawatan kebajikan melibatkan penyampaian sumbangan kepada keluarga warga PDRM serta penduduk setempat di sekitar Kulim, sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan anggota keselamatan dan komuniti. Pengisian program diteruskan di Masjid Al-Muqarrabin, Taman Angsana dengan ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, diikuti dengan ucapan oleh YB Menteri Dalam Negeri sebelum menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, serta YDH Datuk Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Negeri Kedah, yang bersama-sama menyokong agenda pemerkasaan integriti, profesionalisme dan tadbir urus beretika dalam perkhidmatan kepolisan.
Sebagai penutup, YB Menteri Dalam Negeri meluangkan masa dalam sesi jamuan ramah mesra bersama komuniti Padang Serai, sekali gus memperkukuh pendekatan keselamatan berteraskan nilai kemanusiaan dan kebersamaan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
KeselamatanTanggungjawabBersama
MalaysiaMADANI
KDNMADANI
KDN2026
MDNMADANIBekerja
Saifuddin Nasution Ismail
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
