Polis tahan empat warga Iran disyaki geng pukau

17 Jan 2026

Polis menahan empat warga Iran termasuk seorang wanita disyaki geng pukau yang terbabit kes samun dan curi melibatkan kerugian lebih RM30,000 dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Ampang Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia antara 18 hingga 35 tahun dengan dua daripada mereka merupakan adik beradik manakala dua lagi mempunyai hubungan persaudaraan.

Beliau berkata polis merampas wang tunai dan barang kemas dipercayai milik mangsa serta suspek dalam serbuan itu.

BernamaNews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *