MBOT TAWAR KERJASAMA BIDANG TEKNOLOGI

Putrajaya, 16 Januari – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik hasrat Malaysia Board of Technologists (MBOT) untuk mengiktiraf pegawai SPRM dalam bidang teknologi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki berkata, ini dapat membantu SPRM untuk terus memperkukuh agenda integriti negara melalui pendekatan menyeluruh merangkumi penguatkuasaan, pencegahan serta pendidikan, dengan sokongan strategik MTOB menerusi pembangunan bakat dan kepakaran teknologi.

Beliau berkata, SPRM kini memberi penekanan kepada aspek tadbir urus, integriti serta pemerkasaan teknologi, termasuk penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), keselamatan siber dan forensik digital bagi meningkatkan keberkesanan siasatan serta pendakwaan.

β€œSPRM sentiasa menyokong usaha pengiktirafan pegawai SPRM sebagai profesional bertauliah dalam pelbagai bidang teknologi, selaras dengan keperluan semasa agensi penguatkuasaan.

β€œInisiatif ini dapat meningkatkan kompetensi, profesionalisme dan pembangunan kerjaya pegawai, selain menggalakkan pematuhan kepada standard profesional serta pembangunan berterusan,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada MBOT diketuai oleh Presidennya, Professor Emeritus Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Menurutnya, kerjasama itu juga membuka ruang kepada pelaksanaan program latihan, akreditasi dan pembangunan kemahiran teknikal, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (ICT), keselamatan siber, forensik digital dan teknologi berkaitan sejajar dengan cabaran jenayah dan rasuah moden.

Sementara itu, Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah merakam penghargaan kepada SPRM kerana menyambut baik hasrat MBOT untuk mengiktiraf pegawai SPRM di dalam bidang teknologi.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail; Pengarah Bahagian Forensik Teknologi SPRM, KPKPj Wan Zulkifli Wan Jusoh; Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat SPRM, KPKPj Norkhafizin Isa; Pendaftar MBOT, Dr. Mohd Fauzi Md Ismail; Timbalan Pendaftar MBOT, Ts. Abdul Hafiz Mohamad Nor dan Penolong Pendaftar MBOT, Norhamizan Fauzi.

#SPRMMalaysia

BeraniDanRadikalPerangiRasuah

taatsetia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *