







ALOR SETAR, 15 JANUARI 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, hari ini menghadiri Program Kembali ke Sekolah 2026 anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Ketibaan YB Menteri diiringi oleh YBhg. Datin Seri Norhayati binti Musa dan turut disambut oleh Ketua Polis Kedah, YDH Datuk Adzli bin Abu Shah.
Dalam program tersebut, YB Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 200 orang penerima yang terdiri daripada anak istimewa, anak yatim warga PDRM, keluarga berpendapatan di bawah RM3,000, mangsa banjir serta penerima tambahan yang layak, sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu.
Pelaksanaan program ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menyantuni kebajikan rakyat, khususnya dalam aspek pendidikan dan kesejahteraan keluarga, selaras dengan aspirasi Reformasi MADANI yang menekankan pendekatan penyampaian perkhidmatan yang inklusif, berimpak tinggi dan berpaksikan rakyat.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
