
14 Jan 2026
Setiap kali musim nak masuk sekolah bermula, perkara pertama yang selalu bermain di fikiran mak ayah mestilah tentang bajet persiapan anak-anak.
Kalau anak makin besar atau makin ramai, memang kena merancang betul-betul supaya semua keperluan cukup.
Sebab itu, bila melihat evolusi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini, kita rasa sedikit lega.
Jika kita ingat semula pada tahun 2012, bantuan ini hanya dikhaskan untuk keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 sahaja.
Tapi sekarang, pendekatannya sudah jauh berbeza dan lebih menyeluruh.
Bantuan RM150 ini kini diberikan kepada semua murid tanpa perlu lagi menyemak had pendapatan mak ayah.
Malah untuk sesi 2025/2026, buat pertama kalinya pelajar Tingkatan 6 pun turut menerima manfaat yang sama.
Sekurang-kurangnya, dapatlah membantu meringankan sedikit beban untuk membeli kelengkapan sekolah yang makin meningkat harganya sekarang.
Malaysia Mendidik
