53 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPERASI DI SEKITAR KUCHING

KUCHING, 14 Jan – Operasi yang dijalankan pada 13 Januari sehingga hari ini melibatkan kekuatan seramai 29 orang pegawai dan anggota penguatkuasa melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap penempatan dan premis yang disyaki menempatkan warga asing tanpa dokumen sah.

Hasil operasi berkenaan, seramai 53 orang warga asing telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

Antara lokasi yang disasarkan termasuk beberapa buah rumah kediaman di kawasan kebun sekitar Kampung Trombol, beberapa buah kilang di kawasan perindustrian Demak, serta rumah kongsi pekerja di tapak pembinaan di Jalan Arang, Kuching.

Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Kuching untuk siasatan lanjut.

Tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang imigresen sedia ada setelah proses siasatan selesai dijalankan.

Wartawan: FIRDAUS
Foto: JIMS SARAWAK

beritartmsarawak #rtmsarawaknews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *