SEPASANG SUAMI ISTERI DIBUNUH DI SRI AMAN

SRI AMAN, 14 Jan – Sepasang suami isteri di Sri Aman ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan Brayun, Taman Mutiara, awal pagi tadi.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, mangsa
masing-masing berumur 45 dan 44 tahun ditemui oleh orang awam sekitar pukul 6: 55 pagi.

Pasangan terbabit yang merupakan penjawat awam ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami kecederaan serius.

Pihaknya juga sedang menyiasat samada pasangan terbabit diserang oleh lebih dari seorang individu.

Mengesahkan kes berkenaan ketika dihubungi pemberita RTM di Kuching hari ini, dedahnya lagi pihaknya sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut.

Kes disiasat dibawah seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang awam dilarang membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut kerana boleh mengganggu siasatan polis.

Dickin

rtmsarawaknews #beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *