MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAPAN KAWALAN SEMPADAN NEGARABILANGAN 1 TAHUN 2026

PUTRAJAYA, 13 Januari 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) Bilangan 1 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Mesyuarat ini merupakan siri mesyuarat pertama bagi tahun 2026 dan melibatkan penyertaan kementerian serta agensi kerajaan yang berkaitan dengan kawalan dan penguatkuasaan sempadan negara.

Antara isu utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat JKPKSN Bil. 1/2026 ialah penambahbaikan prosedur pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pelaksanaan Sistem Indeks Keselamatan Sempadan Negara (IKSN) serta pembentangan laporan situasi keselamatan sempadan negara oleh agensi-agensi penguatkuasaan di sempadan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *