


Oleh: Sholina Osman
13 JAN. 2026
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan kerjasama Kementerian Komunikasi, sedang mengambil
tindakan undang-undang terhadap X Corp. (dahulunya Twitter) dan xAI LLC.
Kenyataan media MCMC memaklumkan bahawa tindakan ini berhubung kegagalan mereka memastikan keselamatan pengguna
di Malaysia berkaitan penggunaan Grok.
Peguam cara telah dilantik, dan
prosiding undang-undang akan dimulakan dalam masa terdekat.
MCMC telah mengenal pasti penyalahgunaan Grok untuk menjana dan menyebarkan kandungan berbahaya.
SEKSUAL SECARA EKSPLISIT
Ini termasuk kandungan lucah berunsur seksual secara eksplisit, tidak senonoh, jelik melampau, serta imej manipulasibtanpa persetujuan.
Kandungan yang didakwa melibatkan wanita dan kanak-kanak merupakan
perkara yang amat membimbangkan.
Perlakuan sedemikian menyalahi undang-undang Malaysia dan menjejaskan komitmen keselamatan yang dinyatakan oleh entiti berkenaan.
Notis telah dikeluarkan kepada X Corp. dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari 2026 yang mengkehendaki penghapusan kandungan yang menyalahi undang-undang.
Tiada tindakan pemulihan telah diambil.
KANDUNGAN TERSEBUT DIJANA
X Corp. dan xAI LLC boleh dipertanggungjawabkan walaupun kandungan tersebut dijana oleh pengguna.
Mereka kekal mempunyai kawalan terhadap reka bentuk, pelaksanaan, mekanisme penyeliaan, serta langkah mitigasi risiko bagi Grok.
Tanggungjawab tidak boleh diketepikan apabila perlindungan sistemik gagal berfungsi.
MCMC mengambil maklum kegagalan X Corp. dan xAI LLC untuk
menguatkuasakan dasar serta kawalan dalaman mereka sendiri.
AKTIVITI DALAM TALIAN
Kegagalan ini berkemungkinan telah memudahkan berlakunya aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang di Malaysia.
MCMC kekal komited untuk menegakkan undang-undang Malaysia dan melindungi kepentingan awam.
Semua platform digital yang beroperasi di Malaysia atau memberi kesan kepada Malaysia hendaklah mematuhi sepenuhnya semua keperluan undang-undang dan kawal selia yang berkenaan. – JM
