KERAJAAN SARAWAK AKAN PERLUAS PROGRAM BAS SEKOLAH PERCUMA

KUCHING, 12 Jan – Sarawak akan memperluas perkhidmatan Program Bas Sekolah Percuma.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu, ini khususnya mellibatkan sekolah yang terletak di kawasan bandar, yang sering berdepan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

PROJEK RINTIS

Projek rintis yang dilaksana di Sekolah Kebangsaan Jenis, SJK Chung Hua Nombor Enam di Jalan Temenggung Tan Meng Chong, Kuching, terbukti memberi keyakinan dan manfaat kepada para ibu bapa serta pengguna jalan raya lain.

Melalui inisiatif itu, ia berjaya mengurangkan jumlah kenderaan ibu bapa yang berulang alik menghantar dan mengambil anak mereka dengan ketara, sekaligus telah mengurangkan kesesakan lalulintas di laluan berkenaan.

Selain mengurangkan kos perbelanjaan harian kenderaan, ibu bapa juga boleh memantau keselamatan anak mereka secara masa nyata ketika di dalam perjalanan menerusi aplikasi Penjejak Lokasi GPS dan Kamera Litar Tertutup.

β€œIni adalah pendekatan baru yang saya cuba dan nampaknya seperti yang saya katakan tadi telah berjaya dan kita akan meluaskannya ke sekolah-sekolah lain dengan kerjasama masyarakat dan Persatuan Ibu Bapa Guru. Dan kosnya ditanggung oleh kerajaan dan kos bas dan pembayaran perkhidmatan bas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan perkhidmatan Program Bas Sekolah Percuma Yayasan Sarawak yang beroperasi di Petra Jaya akan diteruskan dan diperkasa, terutamanya dari aspek lokasi mengambil atau menurunkan penumpang dan pemantauan keselamatan pelajar ketika dalam perjalanan.

Premier bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Bas Sekolah Percuma dan Bilik Darjah Pintar SJK Chung Hua Nombor Enam di Kuching.

Program Bas Sekolah Percuma SJK Chung Hua Nombor Enam mula beroperasi sejak penghujung tahun lepas, dan bermula sesi persekolahan ini, perkhidmatannya turut merangkumi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong .

Wartawan: JAMALIA
Foto: UKAS
Sumber berita – RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *