POSTING PILIHAN: ISU DAN CABARAN KESELAMATAN KDN

11 Jan 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berdepan pelbagai isu dan cabaran keselamatan yang semakin kompleks, merangkumi ancaman fizikal, ideologi, sosial, ekonomi serta keselamatan digital. Keadaan ini menuntut pendekatan yang strategik, holistik dan responsif bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Sehubungan itu, KDN memberi penekanan terhadap pemerkasaan budaya organisasi, tadbir urus berintegriti dan keupayaan penguatkuasaan yang berkesan. Penghayatan nilai perkhidmatan awam menjadi teras penting dalam memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara profesional, telus dan berpaksikan undang-undang demi kesejahteraan rakyat.

Pelaksanaan Pelan Strategik KDN 2026–2030 menjadi panduan utama dalam memperkukuh keselamatan awam, kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *