RM2.29 BILION PERKUKUH KESELAMATAN MARITIM NEGARA

10 Jan 2026

Lonjakan Hala Tuju Maritim Malaysia 2026

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diperuntukkan RM2.29 bilion oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tahun 2026, merupakan peruntukan tertinggi sejak penubuhannya dan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keselamatan maritim negara.

Peruntukan ini merangkumi RM1.09 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM1.20 bilion bagi Belanja Pembangunan, dengan peningkatan ketara 101.43 peratus berbanding tahun sebelumnya.

PEROLEHAN ASET

Fokus utama tahun 2026 melibatkan perolehan aset strategik, pembangunan infrastruktur maritim serta penerapan teknologi moden bagi memastikan kehadiran penguatkuasaan yang lebih menyeluruh di perairan negara.

Sepanjang tahun 2025, Maritim Malaysia telah melaksanakan 248,058 pemeriksaan, merekodkan 1,124 kes tangkapan dan rampasan, dengan nilai rampasan mencecah RM102.9 juta.

Ini membuktikan keupayaan dan keberkesanan penguatkuasaan maritim dalam memelihara kedaulatan serta keselamatan perairan Malaysia.

Keselamatan Maritim Diperkasa, Kedaulatan Negara Terpelihara.

Sumber: Amanat Ketua Pengarah APMM 2026, 8 Januari 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *