
7 Jan 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima anugerah Order of the Republic, iaitu darjah kebesaran tertinggi Turkiye, sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Presiden di sini bersempena lawatan rasmi tiga hari Anwar ke republik itu, yang bermula semalam (6 Jan).
