
KUANTAN, 7 Januari 2026 – Istana Pahang menafikan sebarang dakwaan bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj ada menawarkan bantuan wang tunai kepada orang ramai melalui platform media sosial dan Whatsapp.
Penafian itu dibuat susulan mesej yang disebar kepada orang ramai menggunakan nama ‘Tengku Azizah/Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah’ yang didapati giat memperdaya masyarakat dengan tawaran bantuan wang lumayan serta meminta maklumat peribadi mangsa.
Istana Pahang menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja.
Sehubungan itu, orang ramai diminta agar lebih berhati-hati, bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan di media sosial.
Orang ramai juga digesa segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi atau menerima sebarang mesej yang mencurigakan atas nama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. -KESULTANAN PAHANG
——-
DISCLAIMER
HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG HAS NEVER OFFERED ASSISTANCE VIA SOCIAL MEDIA PLATFORMS AND WHATSAPP
KUANTAN, Jan 7, 2026 — Pahang Palace today denied claims that Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar Al-Haj, has offered cash assistance to the public through social media platforms and WhatsApp.
The denial follows the circulation of messages using the name “Tengku Azizah/Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” which were found to be actively deceiving the public with promises of substantial financial aid while requesting victims’ personal information.
Pahang Palace stressed that the act constitutes an irresponsible attempt at fraud and could tarnish the image of the royal institution.
In this regard, the public is advised to remain vigilant, exercise discernment in verifying the authenticity of information, and not be easily duped by false offers disseminated on social media.
Members of the public are also urged to promptly lodge reports with the authorities should they be contacted or receive any suspicious messages purportedly in the name of Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang. – KESULTANAN PAHANG
