Sektor Perikanan Negara :Transformasi Demi Masa Depan Lebih Terjamin

6 Jan 2026

Kini sudah ramai nelayan mula beralih ke sektor akuakultur sebagai sumber pendapatan yang lebih stabil dan mampan. Langkah ini bukan bertujuan meninggalkan perikanan tangkapan, sebaliknya mempelbagaikan sumber pendapatan demi kelangsungan masa depan.

Kerajaan menggalakkan peralihan berperingkat ini selari dengan usaha memperkukuh sektor perikanan negara.

Penggunaan teknologi moden seperti sistem bioflok semakin meningkat kerana lebih efisien, berpotensi meningkatkan hasil dan menyokong kelestarian alam sekitar. Transformasi ini diyakini mampu memperkukuh keterjaminan makanan negara serta memberi pulangan ekonomi yang lebih baik kepada nelayan dan pengusaha tempatan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *