PMX, isteri berlepas ke Republik Türkiye

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Republik Türkiye bagi rangka lawatan rasmi yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau ditemani isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia.

“Rangka lawatan rasmi ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

Lawatan ini membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang berlandaskan nilai persahabatan dan saling menghormati yang telah terjalin sekian lama.

MENGADAKAN LAWATAN RASMI

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula hari ini hingga 8 Januari.

Pada lawatan itu, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan, selain bersama-sama mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi Malaysia-Turkiye.

Lawatan berkenaan mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Turkiye untuk mempertingkatkan kerjasama strategik secara lebih tersusun dan menyeluruh. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *