

2 Jan 2025
Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan tawaran badal haji kerana pelaksanaannya sukar dan memerlukan visa/permit sah dengan kos sebenar yang tinggi, lebih-lebih lagi dengan penguatkuasaan ketat Kerajaan Arab Saudi.
Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang dan peraturan berkuat kuasa terhadap individu atau syarikat pelancongan yang terlibat dalam penipuan perkhidmatan pakej haji dan badal haji.
Mohon sama-sama kita ingatkan kepada semua.
