Fahmi nasihat ibu bapa memantau penggunaan peranti anak-anak

31Disember 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menasihati ibu bapa supaya memantau penggunaan peranti anak-anak dan memastikan teknologi dimanfaatkan secara bijak sempena tahun baharu 2026.

Beliau menerusi video perutusan Tahun Baharu 2026 di Facebook Kementerian Komunikasi, turut mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan taktik penipuan atau scam yang baharu.

Dalam usaha memperkukuh keselamatan ruang siber negara, tahun 2026 akan menyaksikan perubahan besar, apabila semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial dengan lapan juta atau lebih pengguna perlu berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula pada 1 Jan, melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber berita BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *