𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐈𝐆𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

1 Jan 2026

Info Ringkas;

2025, setahun yang mencerminkan kemajuan menyeluruh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Daripada penambahbaikan perkhidmatan, pemerkasaan sistem dan tadbir urus, sehinggalah pengukuhan penguatkuasaan dan peranan antarabangsa. Setiap inisiatif digerakkan dengan satu matlamat iaitu memastikan pengurusan imigresen yang cekap, berintegriti dan berimpak.

Bagi tahun 2025 ini, JIM telah mencatatkan jumlah kutipan hasil melebihi 5.1 billion, lebih 90,000 tangkapan PATI dan 19,205 permohonan permit masuk diselesaikan. Di samping itu, Pasport Malaysia telah menduduki tangga ke-3 dunia berdasarkan Ranking Pasport Index.

Pencapaian sepanjang tahun ini menjadi asas kukuh untuk JIM terus melangkah ke hadapan, mempercepat reformasi, mempertingkat kepercayaan rakyat dan terus menyesuaikan peranan imigresen dengan cabaran semasa.

JIM kekal komited untuk berkhidmat dengan profesionalisme, ketegasan dan tanggungjawab.
Melangkah bersama, demi negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *