


25 Disember 2025
(Info Ringkas)
Sepanjang 2025, Kerajaan MADANI melaksanakan reformasi institusi melalui langkah nyata termasuk RUU Perolehan Kerajaan yang menghadkan kuasa Menteri Kewangan, dengan keputusan berkaitan perolehan boleh dicabar dan dikaji semula secara bebas.
Dalam masa yang sama, kecekapan perkhidmatan awam dipertingkat dan ketelusan audit Kerajaan diperkuat.
Reformasi ini mengunci integriti perbelanjaan awam, memendekkan proses pentadbiran dan menutup ruang ketirisan sejak peringkat awal.
Hasilnya penyampaian perkhidmatan menjadi lebih pantas, pemantauan kewangan lebih telus, risiko rasuah dapat dikesan dan dicantas lebih awal, keyakinan pelabur dipulihkan serta daya saing Malaysia melonjak di peringkat global.
