




KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2025 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, hari ini telah menghadiri Majlis Pengenalan Halal Ayam Belanda (Turkey) dari Rusia ke pasaran Malaysia. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara serta memperluas ekosistem halal. Produk ini telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diimport dari Wilayah Penza, yang diiktiraf bebas penyakit High Pathogenicity Avian Influenza (HPAI).
βFrom Russia With Loveβ ini bukan sekadar pelancaran produk, tetapi melambangkan kerjasama erat dua hala MalaysiaβRusia dalam memperkukuh perdagangan makanan, jaminan halal, dan ketahanan rantaian bekalan. Inisiatif ini turut memenuhi komitmen yang telah dinyatakan semasa lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Rusia pada Mei 2025, bahawa rakyat Malaysia akan dapat menikmati ayam belanda halal menjelang musim perayaan Krismas.
YB Menteri menegaskan bahawa Kerajaan akan terus memastikan setiap sumber makanan yang masuk ke negara ini mematuhi piawaian halal, keselamatan dan kualiti demi kepentingan pengguna dan kestabilan bekalan makanan negara. Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini, termasuk agensi teknikal, rakan industri, serta Kedutaan Persekutuan Rusia.
Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Dr. Alifah binti Ismail, Timbalan Pengarah Kanan Seksyen Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Bahagian Perancangan Strategik dan Penilaian Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta pegawai-pegawai kanan KPKM dan jabatan/agensi berkaitan.
