Pembangunan modal insan proses menyeluruh mendidik insan – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs
22 DIS. 2025

Pembangunan modal insan merupakan suatu proses yang menyeluruh dalam membentuk dan mendidik insan secara seimbang serta holistik.

Proses ini merangkumi pembangunan aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelektual dan sosial, demi kelangsungan hidup yang sejahtera di dunia dan akhirat.

Namun, saban tahun masyarakat semakin gusar dengan pelbagai gejala sosial yang melanda, khususnya dalam kalangan remaja.

TELAH MULA TERDEDAH

Lebih membimbangkan, terdapat anak-anak seawal usia sekolah rendah yang telah mula terdedah kepada pengaruh negatif dan berisiko terjebak dalam permasalahan akhlak yang serius yang perlu ditangani dengan secara kasih sayang, holistik serta berperancangan sebaik mungkin di segenap peringkat.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah menyampaikan sumbangan kecil agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Masjid Mabda Al-Muhsanin (Pattakan), 77/1 Moo baan phan thep, Suan Luang, Bangkok, Thailand.

Sumbangan tersebut diterima oleh petugas masjid berkenaan, Tamrin Osman.

Tuanku Raja Muda berada di Bangkok bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan juga anakanda kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail sempena Sukan SEA Ke-33 Thailand 2025 baru-baru ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *