






Oleh: Sholina Osman
16 DIS 2025.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan – Persatuan Kor Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC) yang diadakan di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC KL), Kuala Lumpur.
Keberangkatan Baginda berdua disambut oleh Presiden Persatuan Kor Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera iaitu Leftenan Jeneral (B) Datuk Sri Dr Abdul Aziz Ibrahim.
Tuanku Raja Perlis adalah lulusan Royal Military Academy (RMA) Sandhurst di England dan pernah berkhidmat sebagai seorang Pegawai Tentera.
Baginda pernah ditugaskan dalam Kor Peninjau DiRaja (kini dikenali sebagai Kor Armor DiRaja) berpengalaman melalui sendiri era ketika negara bergelut dengan ancaman perjuangan bersenjata komunis, konflik konfrantasi dengan Indonesia, serta kacau bilau ‘Peristiwa 13 Mei 1969’. – JM
