UniMAP pilih SK Jelempok laksana Program Sekolah Angkat MADANI 2025

Oleh: Sholina Osman
13 DIS. 2025

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Jelempok, Arau bagi melaksanakan tanggungjawab sosial dalam Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) 2025.

Naib Canselornya Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, sebagai universiti teknikal, UniMAP melalui pendekatan UniMAP4Society berperanan memperluas manfaat ilmu
dan kepakaran universiti kepada sekolah dan komuniti khususnya dalam meyokog usaha mewujudkan semula persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat.

Sehubungan itu, kata beliau beberapa inisiatif fizikal dan bukan fizikal telah dilaksanakan di SK Jelempok.

MENAIK TARAF BILIK

“Antaranya beberapa inisiatif fizikal telah dilaksanakan bagi menaik taraf bilik pengajaran dan pembelajaran termasuk kemudahan pembelajaran pintar seperti papan interaktif, penambahbaikan keselamatan
dan pendawaian elektriik serta peningkatan keselesaan
bilik darjah,” kata Zaliman ketika berucap pada majlis Program Sekolah Angkat MADANI 2025 SK Jelempok, Arau hari ini.

Beliau berkata kesemua usaha ini bertujuan menjadikan bilik darjah
satu ruang yang memberi inspirasi dan menyokong pembelajaran pelajar setiap hari.

Selain daripada peningkatan fizikal, katq Zaliman pembangunan
kapasiti pelajar juga diberi perhatian melalui program bukan fizikal iaitu Program Summer Camp – Menjana
Jurutera Glokal.

TERHADAP DUNIA KEJURUTERAAN

“Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di UniMAP pada awal November lalu memberi pendedahan kepada murid-murid SK Jelempok terhadap dunia kejuruteraan, kreativiti, kepimpinan, dan pembinaan karakter,” kata beliau.

Zaliman berkata sempena majlis ini UniMAP berbesar hati untuk
menyampaikan bantuan beg dan alat tulis kepada murid terpilih sebagai persediaan sesi persekolahan akan
datang.

Sebanyak 62 murid asnaf menerima bantuan keperluan asas persekolahan sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *